Saturday, March 26, 2011

::: NaSiB MeNimPa PaDaKu SeMaLaM :::

semalam nasib yang tidak baik menimpa padaku...aku ditimpa kemalangan diselekoh dari by pass..mulanya aku nampak kubur dibawah jalan tuh...aku beri salam padanya...selepas itu...aku terbabas dan jatuh....nasib baik masa tu tiada lori yang lalu disitu...kalau tak mahu aku duduk bawah lori...aku masih bersyukur kerana aku masih hidup....pada masa tu yang aku tahu hanya menangis kerana tulang rusuk aku sakit sangat....nasib baik ada ramai yang tolong aku...ada seorang lelaki yang membantu aku,mengangkat aku dan bawa aku ke klinik di Jaya Gading...tapi doktor cakap aku kena bawa ke hospital supaya aku dapat x-ray...selepas itu...aku dibawa ke hopital...rasa teramat sakit sangat...sampai dihospital aku dikenakan 2 enjit tahan sakit...dan 2 air kiri kanan tangan aku...memang sakit sangat...ambil darah,x-ray,ujian air kencing....semua ok....maybe aku sakit coz tisu di tulang rusuk aku terhempas kuat sangat dan menipis.....tapi aku masih bersyukur ke hadrat illahi kerana memanjangkan umur aku dan tiada sebarang tulang aku yang patah....Alhamdulillah....aku bersyukur sangat-sangat...dan aku boleh pulang pada malam tuh juga....
Sekian....(am)

No comments:

Post a Comment