Thursday, September 15, 2011

::: Lega Sudah :::

assalammualaikum.....


saya nak share cerita nie...hari nie dah 2 minggu seluruh Pahang trial-SPM...minggu nie harinie paper last Add Math(paper 1) dengan Prinsip Perakaunan (paper 2),aduyai!abis lupa semua formula aku hafal....teruk betullah!untuk minggu nie jerwlah lega sikit...minggu depan ada tinggal 1 subjek iaitu subjek Physics...lega sudah!sebab ada 4 hari untuk study Physics...esok 16/09/2011 cuti sempena hari 1 Malaysia!sekali sambut Hari Merdeka....then sabtu and ahad.....then hari isnin takada paper...hari selasa baru ada paper....cukup sudah 4 hari untuk study Physics....(study kerw?)...hope aku dapat result yang terbaik dari sebelum ini...amin~sekian.


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MULAI 
06.SEPTEMBER.2011
HINGGA
20.SEPTEMBER.2011

Friday, September 9, 2011

::: kembali :::

malam tadi Amin Azmi mintak couple balik dengan aku...sebenarnya dye nak uji aku sebenarnya...sampai perempuan yang dye cerita itu adalah perempuan yang tak pernah wujud...hanya perempuan rekaan semata-mata...dia cakap dia rasa sunyi tanpa aku...yang penuh dengan belaian kasih-sayang....dia rindu sangat manjaan aku....aku pun macam tu jugak...aku terima dia balik sebab aku sangat menyanginya dan aku sangat mencintainya...
Amin Azmi thanks coz kembali dalam hidupku...sungguh hidup ku sempurna bersamamu dan hidupku tidak sempurna tanpa...sudah lima bulan kita couple macam lima tahun couple...susah untuk dibayangkan.....
aku bersyukur sangat kepada Yang Maha Esa kerana telah kembalikan dia dalam hidupku...
alhamdulillah.... =)

<3 sekian <3

Tuesday, September 6, 2011

::: Teringat Kembali :::

saat perkenalan aku dengan dia melalui fone...dia call aku untuk berkawan dengan aku tapi aku memarahinya kerana dia dapat no aku dari orang yang aku tak kenali...then aku orang tetap jadi kawan dengan caranya yang ikhlas nak berkawan dengan aku...then tiap-tiap malam dia call aku coz dia nak berbual dengan aku....tak lama tuh dia ambil result SPM....dye dpt 4B4C....kira oklah tapi dye xpuas hati....tak lama tuh dye mintak couple dengan aku...then aku terima jerwla....tapi kitaorang couple bukan secara rasmi....tak lama lepas tuh dye mintak putus dengan aku coz cakap aku nak kikis harta dye,aku mata duitan...then aku mintak nak jumpa dengan dye...aku tetap desak dye jumpa dengan aku....kitaorang jumpa dekat IM kat dengan Kolej Shahputra....kat bawah pokok...disitulah kali pertama kami berjumpa....then kitaorang bincang-bincang dan borak...kitaorang tak jadi putus kitaorang tetap couple lagi....then dye ajak aku jalan-jalan naik kereta Viva dye...then kitaorang mainlah pusing-pusing...sampai ke Balok....then masa tuh dye mintak couple lagi dengan aku then dengan secara rasmi kitaorang jadi pasangan couple....26.03.2011.kitaorang selalu jumpa dekat taman rumah aku....then dye datang jumpa dengan mama aku dye terus-terang cakap dye cintakan aku.....mama aku pon bagi lampu hijau....kitaorang jumpa dengan secara senyap tiap-tiap malam....banyak tempat kitaorang pergi then kitaorang pergi bercuti kat dengan Tanjung Lumpur...siang kitaorang kua g ECM....beli tiket,beli BigApple,Famous Amous,McD then pusing-pusing balik chalet balik....malam kua balik kitaorang pergi tengok wayang mid-night....then jalan-jalan Teluk Chempedak then aku ngantuk sangat nak balik nak tido....esoknya kitaorang g pantai tapi kejap jela coz panaslah....then petang kitaorang balik cheak out...then kitaorang pergi mandi kat Sg. Panching...best sangat....terlalu indah sangat percintaan kami....kitaorang lepak dekat padang Masjid Besar Kuantan...naik moto...dinner kat Bukit Ranggi...makan dekat kedai makan dekat depan umah aku....baru nie puasa,kitaorang jumpa dekat depan Stesyen Bus Kuantan coz masa tuh dah nak raya kitaorang shopping kat sana even kejap jerw tapi aku tetap happy.....then kali terakhir kitaorang jumpa sebelum aku balik kampung sebelum raya...dye datang ambil aku then kitaowang jalan-jalan...happy sangat.....dan semalam adalah kenagan yang aku tak akan aku lupakan...dye mintak putus dengan aku sebab dia dah ada orang lain...jam 2251,hari isnin 05092011...terkilan sungguh aku....hati dye dah berubah...mungkin kitaorang dah takada jodoh...aku redha tapi susah sangat sedangkan dye tahu yang harinie aku dah trial...tapi dye tetap dengan keputusan dye....balik scol tadi aku call dye nak cakap dengan dye....tapi dye tetap lain aku cuma dye dah ada Diana....dye cakap pompuan tuh cantik,lawa,putih,gebu.....aku redha jerwla...aku taw aku tak setaraf dengan Diana tuh...andai ini takdirnya aku perlu terima mungkin ada hikmah disebalik semua ini...dan itulah kali terakhir aku cakap dengan dye....jam1405,ari selasa 06092011 hubungan kami sampai 5 bulan jerw.... :'(

tempat-tempat kitaorang pernah pergi :
-ECM
-Sg. Panching
-Taman Bandar (jogging)
-Taman Kerang
-Balok
-Indera Mahkota
-Gambang
-Teluk Chempedak
-pantai dekat Taman Teruntum
-Jalan Beserah
-Bukit Ranggi
-Batu 12
-Batu 11 (taman tunas mart)
-Mega
-Jaya Gading
-tengok teater dekat dengan Hotel Sri Kuantan
-Tanjung Lumpur

Saturday, August 13, 2011

::: Hotel Vistana :::

assalammualaikum....

hai! hari ini aku nak berkongsi cerita if korang nak berbuka (bagi yang stay di Kuantan) di luar like buffet....tryla dekat Hotel Vistana....lagi murah dari2 hotel2 yang lain....pelbagai juadah di sana.....nasi ayam,nasi berlauk,ikan putih masak merah,kupang masak merah, and pelbagai lagi.....tak terkiralah...dengan dessertnya...ABC,sira keledek,sagu misan,bubur pulut hitam and banyak lagilah hingga tak termakanlah....


tengoklah juadah kami yang ambil nie....
ini pun sebahagian sahaja....
tak ambil semua nanti membazir jerw tak habis....


see my younger-brothers hansem tak????


bapak borek anak rintik....
sama kan?


penuhkan pinggan i?
nielah juadah berbuka i.....
hehehe penuhlah.....(malu nyerw)


nie bubur pulut hitam.....
sedapppppp.....


hahaha~ tengok aarrr....
tak sabar nak makan...


see..mama nak makan ABC dulu yerk????
silakan.....menjamu selera...


hahaha~ lihatlah and pandanglah...(then ambil pic)
aku nak makan pun segan....


nie kerang yang aku kena rebus sendiri....
ingatkan datang tak payah masak...
tapi kena masak gak...(kalau nak makan)
tak pe...kejap jerw....hehehe~



bukti yang kami sekeluarga makan di Hotel Vistana...


inilah kesudahannya....
air abis....makanan tak abis....
nasib baiklah tak ambil semua...
membazir jerw....

so kepada sesiapa yang ingin berbuka bersama keluarga anda di hotel...pergilah di Hotel Vistana...tak rugi pon....sekian sampai disinilah coretan saya.....salam....

Friday, August 12, 2011

::: Kehidupan Bersinar :::


Kehidupanku
kini mula menemui sinar . .

Setelah
sekian lama sudah sengsara . .

Dahulu
, air mata sering menjadi peneman setiap hari . .

Tetapi
kini , ketawalah yang menjadi bukti diriku bahagia . .

Aku
dilahirkan di dunia atas nama cinta kedua ibu bapa . .

Jelaslah
cinta itu memang anugerah oleh Allah kepada setiap hambanya . .

Sebagai
manusia kita tidak tahu siapa jodoh yang dituliskan kepada kita . .

Tetapi
kita berhak untuk mencarinya . .

Wanita
seperti aku juga punya perasaan . .

Mungkin
bercinta dengan dirinyalah yang memberi aku sejuta impian . .

Hanya
aku yang mengetahui setiap corak langkahnya . .

Walaupun
orang lain tidak percaya . .

Biarlah
diriku terus begini , kerana disaat inilah aku benar-benar dihargai . .

Kekasih  . . . . . . . . . .

Cinta
yang sejati sukar dicari . .

Tetapi
mencarilah pada yang sudi . .

Lihatlah
pada yang suci . .

InsyaAllah
bahagia menanti . .

Terima
kasih kerana memberi aku sejuta rasa . .

Yang
tidak pernah aku rasai dulu . .

Tatkala
hatiku dipermainkan tanpa rasa bersalah . .

Oleh
insan yang tidak pernah menghargai kesetiaan ku . .

Ku
harap kau tidak akan menjadi sebegitu rupa . .

Sudah
banyak kenangan kita bersama . .

Janganlah
membuat ku hampa . .

Kerana
aku sudah terlalu setia . .

Akanku
jaga perhubungan kita . .

Moga
akan terus berbunga selamanya …… =))


by: my friend Sisz Mazniey

Monday, August 8, 2011

::: pra-trial spm :::

hari nie bermulalah pra-trial spm....macam nak jawab SPM jerw...hahaha~
but dia sentiasa support aku dari belakang...tak kisah aku dalam keadaan bagaimana pon...susah ataupun senang dia tetap berada disisi aku walaupun kami duduk berjauhan tetapi hati kami tetap dekat.....

exam mulai hari ini 8/08/2011 - 22/08/2011...
hahaha~ ley tahan gak lah...
sekarang sudah satu minggu satu hari puasa.....
pastu nanti raya....tetapi sedihlah...tak dapat raya sakan sebab lepas cuti raya naik sekolah terus trial-spm.....aaarrrr!!!!!!!!!!!!! tidak.......dijangka trial bulan 9 SPM dah pasti...14/11.....then aku dapat masuk PLKN tetapi tak tahu kumpulan keberapa......then tak tahu berapa bulan sama ada 3 bulan ataupun 6 bulan.....em,tak tahulah nasib budak-budak yang lahir tahun 1994......mintak-mintak 3 bulan jerw lorh!tak mahu lama-lama........
em...tak ada idea dah nak type....coz baru lepas jawab exam BM....kehilangan idea dah...
em,oklah! bye2....salam.....

Sunday, July 24, 2011

::: buat kekasih :::

kepada dia yang ku cintai,


sejak berkenanlan denganmu sehingga kini
terdapat banyak kata-kata yang inginku lepaskan
namun...aku tak dapat mencari titik permulaanya
perasaanku...diharap dapat terus sampai kepadamu....
melalui hembusan angin ini...


jiwa kau sering tidak tentu arah
kadang kala lemah-lembut,
kadang kala kacau dan sedih
sehingga akhirnya
kembali ke segala asalnya
etiap satu ekspresi kau itu
sekali gus membuatkan aku semakin jatuh cinta padamu...


kau sering memandang ke langit
seolah-olahmemikirkan sesuatu...
menyebabkan aku jatuh ketinggalan di belakang...
aku tak pernah walau sekali memahami perasaan kau itu...


aku sering kali meneka hati kau untuk ketahui...
adakah kau lebih mencintaiku hari ini berbanding semalam?


pada saat aku melayani persoalan bahawa aku tidak secocok dengamu
kau akan hadir lalu berkata kau sukakan aku


namun tatkala aku ingin memeluk hatimu
kau akan menyimpannya dengan dalam lalu beralihkan diri...


mengapa kau hadir untuk menyelamatkan ku?
apabila datang bahaya namun tidak akui semasa aku bertanye...


kau telah menjadikan dirimu sebagai satu-satunya kehendak aku
apabila kau tiada disisi
apakah makna diriku ini?


dengan jatuh cinta pada kau
aku telah menjadi seorang pengecut...
dengan jatuh cinta terhadap kau
aku telah menjadi aku...


mengapa setelah kehilangan kau baru aku sedar bahawa aku sebenarnya sukakan kau?


kau telah membuat aku sukakan kau secara menyeluruh
termasuk jua diriku sendiri...


meskipun sering bertengkar
namun inilah satu-satunya pengantaraan kami berdua...


manusia lazimnya akan menjalani suatu pekara
tanpa mengikut harapan sendiri...
namun mengapa aku hanya tidak mahu
menelan kebenaran ini apabila
dibelenggu kesedihan...


mencintai dan dicintai
mungkinkah terkandung kesengsaraan
yang sama berat pikulnya?
hanya kau kini yang masih sengsara demi aku
aku yang sedih diulit bahagia...


harap-harap kau berada disalah satu sudut didunia ini...
menerima perasaan-perasaan aku seadanya yang berterbangan di langit...


I LOVE YOU FOREVER...


daripada :
aku yang mencintaimu...

::: inikah cinta :::

ada seorang gadis yang buta
semua orang bencikan dia
kecuali seorang iaitu kekasihnya....
gadis itu selalu bertkata kepada kekasihnya....

" saya mahu berkahwin dengan awak 
apabila saya dapat melihat dunia dan awak "

suatu hari ada orang yang murah hati
yang hendak dermakan mata kepada gadis itu...
dan dia dapat melihat dunia
dan dia melihat kekasihnya...
dia merasa sungguh terkejut
kerana kekasihnya juga buta...
dan kekasihnya bertanya...

" sudikah awak berkahwin 
dengan saya sekarang? "

gadis itu menolak...
kekasihnya tersenyum dan pergi sambil berkata
" tolong jaga mata saya baik-baik "

Saturday, July 23, 2011

::: luahan hati :::

suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahan kerana di sebalik keindahan lukisan cinta cinta iu,tersirat seribu khayalan yang pasti akan merentap ketenangan jiwa tatkala ikatan dilamar kekusutan.......namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa yang punya hati dan perasaan....hakikatnya rasa CINTA adalah satu kurniaan ilahi yang lahirnya adalah untuk setiap insan yang berakal,berhati dan berperasaan.........di kemelut persisiran pantai perkasihan kasih ini menggamit diriku menerokai kembali wasilah kenangan silam yang kian rakus dimamah oleh detik-detik yang memburu......inginku membawa mu menyelam memori semalam yang masih hangat dipelukan ingatan walaupun purnama telah berlalu.....

SAYANG.....bercinta dengan mu bukanlah satu mimpi.....namun dalam samar kita pertemukan dalam igau yang tak pernah terigau......kau hadir bagai mimpi sedangkan aku masih lagi terkapai-kapai mencari sebuah cinta yang realiti......dan semalam,entah mengapa hati ini seolah-olah tersentuh dengan bicara rindu dan kasih darimu.....hati ini terfana seketika lalu merelakan cinta ini di hati mu......semalam aku aku terus belajar untuk menyatukan cinta kita yang tak pernah ku duga....kulepaskan semua igauan mimpi dan cintaya yang entahkan menjadi realiti.....kau taburi segala kebahagian dan sayang padaku....sesungguhnya aku bersyukur setelah dalam kepayahan aku menemui cinta sejati darimu.....

SAYANG.....ternyata cinta ini tiada jurang perbezaan yang menjadi pemisah......cinta kita tidak mengenal siapa aku walaupun hubungan ini bermula dengan sekadar kawan biasa....aku redha kau yang bergelar kekasih kini kusisipkan cinta agar kasih kita terus mekar bagai dulu hingga ke akhirnya.........aku akan menghargai kehadiranmu kerana hadirmu iu membawa seribu makna buat diriku......dan aku sangat berharap kau jua begitu.....SAYANG.....aku cukup merasa bahagia bersama mu......aku ingin sentiasa berada di sisimu berkongsi suka dan dukamu.....aku ingin menjadi insan yang terstimewa dalam hidupmu......namun aku sendiri tidak pasti jika anganku ini menjadi suatu realiti kelak nanti.......sepanjang kita bersama aku tahu aku telah banyak melukakan perasaanmu sehingga perselishan faham terjadi diantara kita....adakah kau tahu sayang????

ketika itu,sesaat aku tidak berjumpa dan mendengar suaramu,aku merasakan penderitaan yang amat dalam......hatiku memberontak untuk bersua dengan mu dan menyelesaikan masalah kita....namun,kau jua tidak pernah memberi peluang untuk aku nyatakan dan menjelaskan perkara sebenar.....apapun yang kau lakukan sayang,tidak pernah sama sekali terlintas dan terniat di hatiku untuk mempermainkan perasaan mu.......SAYANG....aku juga manusia biasa seperti orang lain...aku tidak lepas dari melakukan kesilapan.....aku cuma berharap,maafkanlah segala silap dan salahku selama ini......maafkanlah aku dengan hatimu yang terbuka dan ikhlas tanpa dendam....

SAYANG......sesungguhnya apa yang tersurat itulah tersirat dihati ini sejak sekian lamanya kita mencuba untuk membina tugu cinta ini.......hanya yang ku pinta darimu adalah sedikit perhatian,kasih sayang dan gurau tawamu yang sejak akhir-akhir ini kian pudar dimamah waktu.....SAYANG.....kau melihat aku ketawa dan tersenyum riang didepanmu,namun disebalik persisiran wajahku ini tersimpan duka yang amat lara telah ku pendam selama ini.....mungkin buat masa ini,belum lagi masanya untuk menerangkannya.....suatu masa nanti andainya engkau tahu barulah kau akun mengerti sayang.....dan itulah pengertian yang paling utama ku ingini dari dalam dirimu......SAYANG.....walaupun ini bukanlah masa yang sesuai untuk ku nyatakan namun ia adalah atas kehendak hati dan naluriku yang telah lama ku pendam....aku juga ingin memohon maaf kerana apa yang aku katakan ini adalah di luar pengatahuan mu.......sesungguhnya kaulah satu-satunya insan yang terisimewa dalam hidupku.......

by my friends.... (bob)

Tuesday, June 14, 2011

::: CipTaaN-Nya :::

16:15   13/06/2011

duduknya aku disini berhadapan dengan lautan yang luas ditutupi oleh ciptaan Allah yang penuh dengan kehijauan. Sungguh sayu,redup dan tenang hatiku mahupun fikiranku dengan angin sepoi-sepoi bahasa ditambah pula dengan nyanyian dan kicauan burung yang singah berehat pada dahan pokok. Hingga aku merasakan ingin sahaja berumah disini sehingga aku tidak mahu pulang. Aku duduk di sebatang pokok yang sudah dipotong menghadap pokok-pokok yang penuh dengan kehijauan dan dibelakang aku pula sebuah tasik yang sungguh tenang dan ditengah-tengahnya pula aku menganggapnya sebuah pulau. Inilah ciptaan Allah yang aku rasakan terlalu indah buatku,aku cuba bayangkan bagaimana rasanya keindahan disyurga?sedangkan di muka bumi ini,Allah ciptakan yang paling indah untuk mahluk-Nya merasai ciptaan-Nya tetapi mahluk-Nya yang mempunyai akal fikiran tidak menghargainya dan merosakkan ciptaan-Nya.
" Ya Allah, aku bermohon kepadamu supaya terangkan fikiran dan bukalah hati mereka yang tidak menghargai ciptaanmu supaya muka bumi ini tidak diakhiri dengan kemusnahan - Amin "

Thursday, June 9, 2011

::: SungaI LemBing :::

haritu keluar dengan family pergi Sungai Lembing...seronok jugakla even sekejap jerw....first time pergi dengan family....tempat pertama kitaorang pergi ialah Sungai Pasir Kubur....kubur sebab sungai tu berdekatan dengan kubur....jom tengok kitaorang beraksi...haha~


nie pic kitaorang masa kitaorang sampai sana....kitaorang nie hantu air...
pantang nampak air jerw mesti nak main....tengokla...sampai-sampai jerw terus ke air....

see my brothers....comey betul....

see...like i say....diaorang nie betul-betul tak sabar...tengokla...dah tanggal baju n pakai short pants.....laju jerw diaorang tukar baju....haha~ seronok betul diaorang nie....

yang besar pun sama gak...tengokla aksi diaorang tukar pakaian.....tak senonoh betul....teruk betul kan diaorang nie....nak tengok lagi....ada lagi....kat bawah tuh....





bukan nak cover....selamba jerw..."ala biasela tuh...lelaki...."bak kata mama.... 







comey betul adik-adikku main air.....
hati-hati adikku...air deras tuh...main dekat tepi jerw ye....
jom see my mama.....


nielah my mama....see,bergaya tak???hehe~
i love you mama.....

lepas kitaorang mandi manda kat Sungai Pasir Kubur....kitaorang nak cari kolam air panas....tapi tak jumpa....then kitaorang pergi Muzium Sungai Lembing....jom.....


ha....masanie kat depan...
jom kita tengok apa ada kat dalam...







nie dekat depan pintu masuk muzium tuh....posing jap....
lawa tak kolam tuh....tak dapat kolam air panas ,kolam  nie pon jadila...hehe~

jom kita lihat barang-barang dulu....


yang ini tempat angkat orang sakit...


yang ini pulak alat pemadam api...dulu punyalah besar...sekarang nie dah kecil


yang nie pulak contoh dalam gua...tempat diaorangkorek bijih timah..


yang ini bilik tidur zaman dulu punya...zaman pemerintahan british...


nie perabot kat dalam bilik tu jugak...


see my brothers...bergaya... 


 yang ini pengangkutan untuk angkat bijih timah...(ada penyibuk)


nie pemandangan dari luar muzium...cantik...rasa nak duduk disini jerw...


toilet pon aku nak ambil....haha~
toilet nie lain dari lain tu yang aku ambil....


nie pic enjin kereta zaman dulu...
pic kereta aku lupa nak ambil....

abis sudah pengembaraan kitaorang...(pengembaraan la sangat)...then kita orang balik....sampai umah terus tidur kepenatan...haha~