Wednesday, April 27, 2011

::: SuNyi TaNpaMu :::

11:08    25.04.2011
entah mengapa aku merasakan hari ini sungguh sunyi yang teramat sangat,sedih dan kecewa.Aku pun tidak tahu mengapa aku merasakn begitu,mungkin ini kerana apa yang telah berlaku malam tadi.Akal fikiranku dapat menerimanya tetapi tidak hati dan perasaanku.Dan sekarang aku takut akan kehilanganmu yang mungkin akan pergi tinggalkan aku disini.Malam tadi aku mimpi buruk dan apabila aku terjaga aku menangis ketakutan,takut akan kehilanganmu apabila malam berganti siang aku merasakan aku sudahpun kehilanganmu kerna aku sunyi,sedih,kecewa dan terkilan yang teramat sanggat yang menyebabkan aku tidak dapat membaca hati dan perasaanku yang sudahkacau dan serabut.Aku tidak mahu menganggumu dan aku akan tetap menunggumu,biarkanlah aku kecewa hari ini tetapi tidak esok.Aku berharap agar engkau akan berada disisiku esok.Aku berharap engkau tidak akan lupakan pada hari esok.

Ya Allah,aku bermohon padamu agar hatinya merasakan apa yang aku rasakan sekarang dan aku berharap agar dia selalu meningati aku dan tidak melupakan aku walaupun apa pun yang terjadi,Amin....Sekian.~AM~

Thursday, April 14, 2011

::: PerMinTaaN TerAkhiR :::

jam 22:29
12/04/2011


Malam ini sungguh sayu dan menghayat hati.Dia memberi amanah kepadaku jika dia mati ingat dia dalam ingatan dan dia menyuruhku datang ke rumahnya dan memberitahu mamanya yang dia mahu dikebumikan di Kelantan,Tanah Perkuburan Bachok.Aku sebak sehingga aku tidak dapat berkata apa-apa yang aku mampu hanyalah menangis dan aku tidak puas lagi hidup bersamanya.

Aku mengatakan jika aku tidur untuk selamanya,ingatlah aku dalam hatimu.Ingatlah kenangan kita didalam ingatanmu.Aku mahu dia meneruskan hidupnya tanpa aku kerana aku tidak tahu bilakah ajal aku dan aku memohon ampun sepanjang perkenalan kita jika aku berbuat salah dan silap.Aku harap engkau menghalalkan segala yang engkau telah taburkan kepadaku.

Dia menyatakan hatinya tidak puas lagi menyayangi dan mencintai aku.Kemahuannya sama seperti aku iaitu perhubungan kami sampai ke akhir hayat.Dia juga berharap aku tidak menyuarakan tentang kematian lagi lalu aku berkata kepadanya jika aku tiada lagi kebumikanlah jenazah aku di tanah perkuburan yang berhampiran dengan arwah atuk aku.Walaupun tidak perbah aku kenal arwah atuk aku tetapi aku ingin dikebumikan aku disitu.Aku berharap dia akan mengingati permintaan aku dan tidak akan melupakannnya.....Sekian _ AM...

Saturday, April 2, 2011

::: HaTiKu sEnaNg :::

hatiku senang ,tenang,gembira....semuanya ada...hingga tak terkata hati ini....terlalu gembira yang teramat-amat....aku berharap agar dia tidak pergi dari hidup aku...semoga aku dengannya gembira sehingga ke akhir hayat...aku berharap biarlah dia yang terakhir dan tiada lagi orang lain selain daripadanya....biarlah dia yang terakhir....

"thanks b....buat bb happy....thank you b...bb tak tahu nak ucapkan macam mana....terima kasih banyak-banyak b...bb harap b tak akan tinggalkan bb...bb sayangkan b...semoga kita kekal ke akhir hayat,ok?"

aku memohon dari Allah S.W.T. agar hidup aku dengannya akan kekal...semoga doa aku dimakbulkan oleh-Nya....amin....(am)

Friday, April 1, 2011

::: MenCari CinTa :::

Adam dan Hawa dicipta untuk saling melengkapi. Itu satu kemestian. Persoalannya, bagaimana untuk mengetahui siapa jodoh kita? Adakah kita jatuh cinta pada orang yang tepat? Benarkah, kita akan tahu, dia untuk kita melalui rasa dan gerak hati?

Ada juga yang berkata, cinta sejati itu apabila kita berasa sesuatu di dalam hati dan membuat pilihan yang tepat menggunakan akal fikiran.

Kalau begitu, kenapa ada yang bercinta tetapi tidak ke jinjang pelamin? Bagaimana pula dengan yang ditakdirkan berpisah setelah berkahwin?

Entahlah...yang pasti bagiku, cinta sejati itu ibarat mendaki Gunung Everest. Ramai yang bercerita, ramai juga yang mencuba, tetapi tidak semua berjaya sampai ke puncak.
Adakah aku antara yang bertuah?

Sebagai ...... aku mempunyai peluang untuk membuat pilihan. Benarkah?