Sunday, July 24, 2011

::: buat kekasih :::

kepada dia yang ku cintai,


sejak berkenanlan denganmu sehingga kini
terdapat banyak kata-kata yang inginku lepaskan
namun...aku tak dapat mencari titik permulaanya
perasaanku...diharap dapat terus sampai kepadamu....
melalui hembusan angin ini...


jiwa kau sering tidak tentu arah
kadang kala lemah-lembut,
kadang kala kacau dan sedih
sehingga akhirnya
kembali ke segala asalnya
etiap satu ekspresi kau itu
sekali gus membuatkan aku semakin jatuh cinta padamu...


kau sering memandang ke langit
seolah-olahmemikirkan sesuatu...
menyebabkan aku jatuh ketinggalan di belakang...
aku tak pernah walau sekali memahami perasaan kau itu...


aku sering kali meneka hati kau untuk ketahui...
adakah kau lebih mencintaiku hari ini berbanding semalam?


pada saat aku melayani persoalan bahawa aku tidak secocok dengamu
kau akan hadir lalu berkata kau sukakan aku


namun tatkala aku ingin memeluk hatimu
kau akan menyimpannya dengan dalam lalu beralihkan diri...


mengapa kau hadir untuk menyelamatkan ku?
apabila datang bahaya namun tidak akui semasa aku bertanye...


kau telah menjadikan dirimu sebagai satu-satunya kehendak aku
apabila kau tiada disisi
apakah makna diriku ini?


dengan jatuh cinta pada kau
aku telah menjadi seorang pengecut...
dengan jatuh cinta terhadap kau
aku telah menjadi aku...


mengapa setelah kehilangan kau baru aku sedar bahawa aku sebenarnya sukakan kau?


kau telah membuat aku sukakan kau secara menyeluruh
termasuk jua diriku sendiri...


meskipun sering bertengkar
namun inilah satu-satunya pengantaraan kami berdua...


manusia lazimnya akan menjalani suatu pekara
tanpa mengikut harapan sendiri...
namun mengapa aku hanya tidak mahu
menelan kebenaran ini apabila
dibelenggu kesedihan...


mencintai dan dicintai
mungkinkah terkandung kesengsaraan
yang sama berat pikulnya?
hanya kau kini yang masih sengsara demi aku
aku yang sedih diulit bahagia...


harap-harap kau berada disalah satu sudut didunia ini...
menerima perasaan-perasaan aku seadanya yang berterbangan di langit...


I LOVE YOU FOREVER...


daripada :
aku yang mencintaimu...

::: inikah cinta :::

ada seorang gadis yang buta
semua orang bencikan dia
kecuali seorang iaitu kekasihnya....
gadis itu selalu bertkata kepada kekasihnya....

" saya mahu berkahwin dengan awak 
apabila saya dapat melihat dunia dan awak "

suatu hari ada orang yang murah hati
yang hendak dermakan mata kepada gadis itu...
dan dia dapat melihat dunia
dan dia melihat kekasihnya...
dia merasa sungguh terkejut
kerana kekasihnya juga buta...
dan kekasihnya bertanya...

" sudikah awak berkahwin 
dengan saya sekarang? "

gadis itu menolak...
kekasihnya tersenyum dan pergi sambil berkata
" tolong jaga mata saya baik-baik "

Saturday, July 23, 2011

::: luahan hati :::

suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahan kerana di sebalik keindahan lukisan cinta cinta iu,tersirat seribu khayalan yang pasti akan merentap ketenangan jiwa tatkala ikatan dilamar kekusutan.......namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa yang punya hati dan perasaan....hakikatnya rasa CINTA adalah satu kurniaan ilahi yang lahirnya adalah untuk setiap insan yang berakal,berhati dan berperasaan.........di kemelut persisiran pantai perkasihan kasih ini menggamit diriku menerokai kembali wasilah kenangan silam yang kian rakus dimamah oleh detik-detik yang memburu......inginku membawa mu menyelam memori semalam yang masih hangat dipelukan ingatan walaupun purnama telah berlalu.....

SAYANG.....bercinta dengan mu bukanlah satu mimpi.....namun dalam samar kita pertemukan dalam igau yang tak pernah terigau......kau hadir bagai mimpi sedangkan aku masih lagi terkapai-kapai mencari sebuah cinta yang realiti......dan semalam,entah mengapa hati ini seolah-olah tersentuh dengan bicara rindu dan kasih darimu.....hati ini terfana seketika lalu merelakan cinta ini di hati mu......semalam aku aku terus belajar untuk menyatukan cinta kita yang tak pernah ku duga....kulepaskan semua igauan mimpi dan cintaya yang entahkan menjadi realiti.....kau taburi segala kebahagian dan sayang padaku....sesungguhnya aku bersyukur setelah dalam kepayahan aku menemui cinta sejati darimu.....

SAYANG.....ternyata cinta ini tiada jurang perbezaan yang menjadi pemisah......cinta kita tidak mengenal siapa aku walaupun hubungan ini bermula dengan sekadar kawan biasa....aku redha kau yang bergelar kekasih kini kusisipkan cinta agar kasih kita terus mekar bagai dulu hingga ke akhirnya.........aku akan menghargai kehadiranmu kerana hadirmu iu membawa seribu makna buat diriku......dan aku sangat berharap kau jua begitu.....SAYANG.....aku cukup merasa bahagia bersama mu......aku ingin sentiasa berada di sisimu berkongsi suka dan dukamu.....aku ingin menjadi insan yang terstimewa dalam hidupmu......namun aku sendiri tidak pasti jika anganku ini menjadi suatu realiti kelak nanti.......sepanjang kita bersama aku tahu aku telah banyak melukakan perasaanmu sehingga perselishan faham terjadi diantara kita....adakah kau tahu sayang????

ketika itu,sesaat aku tidak berjumpa dan mendengar suaramu,aku merasakan penderitaan yang amat dalam......hatiku memberontak untuk bersua dengan mu dan menyelesaikan masalah kita....namun,kau jua tidak pernah memberi peluang untuk aku nyatakan dan menjelaskan perkara sebenar.....apapun yang kau lakukan sayang,tidak pernah sama sekali terlintas dan terniat di hatiku untuk mempermainkan perasaan mu.......SAYANG....aku juga manusia biasa seperti orang lain...aku tidak lepas dari melakukan kesilapan.....aku cuma berharap,maafkanlah segala silap dan salahku selama ini......maafkanlah aku dengan hatimu yang terbuka dan ikhlas tanpa dendam....

SAYANG......sesungguhnya apa yang tersurat itulah tersirat dihati ini sejak sekian lamanya kita mencuba untuk membina tugu cinta ini.......hanya yang ku pinta darimu adalah sedikit perhatian,kasih sayang dan gurau tawamu yang sejak akhir-akhir ini kian pudar dimamah waktu.....SAYANG.....kau melihat aku ketawa dan tersenyum riang didepanmu,namun disebalik persisiran wajahku ini tersimpan duka yang amat lara telah ku pendam selama ini.....mungkin buat masa ini,belum lagi masanya untuk menerangkannya.....suatu masa nanti andainya engkau tahu barulah kau akun mengerti sayang.....dan itulah pengertian yang paling utama ku ingini dari dalam dirimu......SAYANG.....walaupun ini bukanlah masa yang sesuai untuk ku nyatakan namun ia adalah atas kehendak hati dan naluriku yang telah lama ku pendam....aku juga ingin memohon maaf kerana apa yang aku katakan ini adalah di luar pengatahuan mu.......sesungguhnya kaulah satu-satunya insan yang terisimewa dalam hidupku.......

by my friends.... (bob)