Monday, March 28, 2011

:::LuaHaN PeRaSaaN:::

walaupun aku tengah sakit sekarang tetapi aku gembira sangat kerana ada orang yang masih sayang padaku,peduli tentang keadaanku...mama bawa aku ke klinik kerajaan (RSAT) dan aku mendapat cuti selama seminggu kemudian baru sebentar tadi pada pukul 4 petang kawan-kawan yang setia menemani aku walaupun keadaan aku susah ataupun senang iaitu ayu,aqma dan atikah...datang melawat aku,aku gembira sangat dan bersyukur dapat kawan seperti mereka...dan sampai ke hari ini aku masih mengharapkan si dia yang aku sayangi  (entahlah di sayang ataupun tidak ataupun mahu mainkan perasaan aku...aku masih ragu-ragu) datang melawat aku...tetapi dia selalu sibuk dengan kerja harian dia...biarlah dia menemani mamanya yang keseorangan...aku ada keluarga juga jadi aku mesti memahaminya...aku harap agar dia tidak mempermainkan perasaan aku,sekarang taman bunga di hati aku kian berkembang sehingga ke hari ini...kalau dia ingat aku,dia akan menghubungi aku,kalau dia tak ingat aku,dia akan diakan diri...itulah pendirian aku...aku taknak ganggu dia kerana dia selalu sibuk..kalau aku menghantar pesanan ringkas tetapi dia tak balas maknanya dia sibuk la tuh...kalau dia balas,dia tak sibukla....aku tak nak kehilangannya jadi aku kenala memahaminya walaupun dia tidak memahami aku apa yang aku nak padanya...aku nakkan harta dalam hatinya iaitu kasih sayang dan cinta daripadanya...hanya aku dan Allah yang tahu tentang hatiku ini... dan aku harap pada suatu hari nanti dia akan tahu apa yang terkandung dalam hati ku ini.....
sekian....(am)

No comments:

Post a Comment