Tuesday, June 14, 2011

::: CipTaaN-Nya :::

16:15   13/06/2011

duduknya aku disini berhadapan dengan lautan yang luas ditutupi oleh ciptaan Allah yang penuh dengan kehijauan. Sungguh sayu,redup dan tenang hatiku mahupun fikiranku dengan angin sepoi-sepoi bahasa ditambah pula dengan nyanyian dan kicauan burung yang singah berehat pada dahan pokok. Hingga aku merasakan ingin sahaja berumah disini sehingga aku tidak mahu pulang. Aku duduk di sebatang pokok yang sudah dipotong menghadap pokok-pokok yang penuh dengan kehijauan dan dibelakang aku pula sebuah tasik yang sungguh tenang dan ditengah-tengahnya pula aku menganggapnya sebuah pulau. Inilah ciptaan Allah yang aku rasakan terlalu indah buatku,aku cuba bayangkan bagaimana rasanya keindahan disyurga?sedangkan di muka bumi ini,Allah ciptakan yang paling indah untuk mahluk-Nya merasai ciptaan-Nya tetapi mahluk-Nya yang mempunyai akal fikiran tidak menghargainya dan merosakkan ciptaan-Nya.
" Ya Allah, aku bermohon kepadamu supaya terangkan fikiran dan bukalah hati mereka yang tidak menghargai ciptaanmu supaya muka bumi ini tidak diakhiri dengan kemusnahan - Amin "

No comments:

Post a Comment