Sunday, July 24, 2011

::: buat kekasih :::

kepada dia yang ku cintai,


sejak berkenanlan denganmu sehingga kini
terdapat banyak kata-kata yang inginku lepaskan
namun...aku tak dapat mencari titik permulaanya
perasaanku...diharap dapat terus sampai kepadamu....
melalui hembusan angin ini...


jiwa kau sering tidak tentu arah
kadang kala lemah-lembut,
kadang kala kacau dan sedih
sehingga akhirnya
kembali ke segala asalnya
etiap satu ekspresi kau itu
sekali gus membuatkan aku semakin jatuh cinta padamu...


kau sering memandang ke langit
seolah-olahmemikirkan sesuatu...
menyebabkan aku jatuh ketinggalan di belakang...
aku tak pernah walau sekali memahami perasaan kau itu...


aku sering kali meneka hati kau untuk ketahui...
adakah kau lebih mencintaiku hari ini berbanding semalam?


pada saat aku melayani persoalan bahawa aku tidak secocok dengamu
kau akan hadir lalu berkata kau sukakan aku


namun tatkala aku ingin memeluk hatimu
kau akan menyimpannya dengan dalam lalu beralihkan diri...


mengapa kau hadir untuk menyelamatkan ku?
apabila datang bahaya namun tidak akui semasa aku bertanye...


kau telah menjadikan dirimu sebagai satu-satunya kehendak aku
apabila kau tiada disisi
apakah makna diriku ini?


dengan jatuh cinta pada kau
aku telah menjadi seorang pengecut...
dengan jatuh cinta terhadap kau
aku telah menjadi aku...


mengapa setelah kehilangan kau baru aku sedar bahawa aku sebenarnya sukakan kau?


kau telah membuat aku sukakan kau secara menyeluruh
termasuk jua diriku sendiri...


meskipun sering bertengkar
namun inilah satu-satunya pengantaraan kami berdua...


manusia lazimnya akan menjalani suatu pekara
tanpa mengikut harapan sendiri...
namun mengapa aku hanya tidak mahu
menelan kebenaran ini apabila
dibelenggu kesedihan...


mencintai dan dicintai
mungkinkah terkandung kesengsaraan
yang sama berat pikulnya?
hanya kau kini yang masih sengsara demi aku
aku yang sedih diulit bahagia...


harap-harap kau berada disalah satu sudut didunia ini...
menerima perasaan-perasaan aku seadanya yang berterbangan di langit...


I LOVE YOU FOREVER...


daripada :
aku yang mencintaimu...

No comments:

Post a Comment