Sunday, February 5, 2012

01/02/2012,23:15,Rabu ::: SeGaLaNya Sudah BerAkhiR:::

assalammualaikum....

tarikh ini tak akanku lupakan.....tarikh ini adalah tarikh yang membuatku sakit hati,patah hati,hancur hatiku ini apabila semua rahsia yang terpahat telah terbongkar...Tarikh ini adalah bukti antara aku dan si dia sudah tiada apa-apa lagi...Semua kerisauanku,yang aku takut berlaku pada tarikh itu juga.Aku risau jikalau mama dia tidak akan menerimaku,akhirnya terbukti pada tarikh itu.Aku takut akan kehilangan si dia,terbukti pada tarikh itu.Aku takut mama dia tentukan jodoh dia,terbukti pada tarikh itu.Semua yang aku rasa,aku alami pada tarikh itu...Hampir 2 bulan aku tidak berjumpa dengan si dia dan kami ingin berjumpa tapi pada akhirnya sehingga kami sudah tiada kaitan apa-apa,kami tidak juga bertemu.Sudah 10 bulan kami 'couple' dan impian kami tinggi tapi akhirnya kami terpaksa lupakan impian kami dan juga terpaksa hancurkan impian kami kerana mama dia sudah tentukan jodoh dia.Dan dia terpksa akur dan terima kerana dia tidak ingin menjadi anak derhaka pada ibu yang mengandungkan,melahirkan,membesarkan dan menjaga kita sehingga besar.Dan sekarang impiannya adalah satu,ingin membuat mamanya bahagian,gembira dan tersenyum.Dan aku kena teruskan hidupku dan redha dengan semua ketentuan illahi.Hanya satu yang aku pegang.Allah itu maha adil,maha mengetahui segala-galanya.Setiap kejadian yang Allah berikan pasti ada hikmah sebaliknya.Jika dia adalah jodohku,dia tidak akan kemana-mana...dia akan kembali padaku.Sekarang aku hanya mampu terima takdir yang sudah ditentukan dan sudah tertulis...Dan dia pula,aku doakan agar dia bahagia bersama dengan Nadia dan keluarganya,mencintai Nadia sepenuh hatinya.
Jadi berakhir sudah hubungan antara Nur Amira Azlina binti Roslan dan Muhammad Amin bin Muhammad Azmi....
Aku perlukan kehidupan yang baru.Semoga Allah mendengar semua doa-doaku...amin...
Sekian.

No comments:

Post a Comment